Amaran!

Segala yang saya dedahkan di dalam blog ini adalah segala teknik yang saya gunakan dalam eToro. Saya tidak berkeuntungan walau sedikitpun jika anda melabur. Segala keuntungan anda adalah milik anda. Ini bukan MLM, Skim Cepat Kaya atau apapun. Ianya pelaburan yang menjadi pilihan orang bijak. Saya tidak menanggung apapun kerugian anda untuk artikel ini. Artikel ini kekal percuma untuk dibaca sehingga saya mewujudkan e-book anda tidak lagi boleh membaca artikel dalam blog ini. Sila gunakan peluang anda sebaiknya.

-Amirul-

Adakah Forex Copy eToro Ni Selamat?

Buat mereka yang masih baru nak mencuba pelaburan forex menggunakan copy trading yang ada pada eToro ni, mesti ramai yang tertanya-tanya, adakah forex macam ni selamat?

Jawapannya ya! Dan konsepnya perlulah anda fahamkan.


Bayangkan dua situasi berikut:

SITUASI A - Dalam kelas anda di sekolah, ada seorang budak pandai. Dan bila cikgu bagi kerja sekolah, dia lah yang akan dapat markah penuh. Jadi, anda suruh dia buatkan kerja sekolah anda. Adakah cara ini selamat? Mungkin tidak, sebab budak itu tadi mungkin malas nak buat dan siapkan cincai saja.  

SITUASI B - Dalam kelas yang sama, ada seorang budak pandai dan cikgu bagi kerja sekolah. Kali ini, anda memiliki suatu alat atau kemudahan yang membolehkan tangan anda bergerak mengikut gerak geri budak pandai tadi ketika dia menjawab soalan kerja rumah. Jawapan anda 100% sama. Adakah budak itu akan buat cincai-cincai? Tidak, sebab itu kerja dia dan dia akan buat elok-elok. 

Situasi B itu tadi menerangkan bagaimana konsep pelaburan eToro dijalankan. Anda tidak memberikan wang anda kepada mana-mana orang lain. Cuma, keputusan yang bakal anda buat dalam pelaburan forex anda akan mengikut keputusan atau gerak geri pelabur-pelabur yang berpengalaman. Adakah pelabur atau trader berpengalaman ni akan trade cincai dan main-main? Sudah tentu lah tidak, sebab mereka trade guna duit mereka sendiri. Dan, semakin ramai orang copy mereka, semakin banyak komisen yang pihak eToro berikan pada mereka sebagai penghargaan. 

Cuma, hendaklah saya pesan awal-awal. Setiap pelaburan mempunyai risiko. Begitu juga di eToro. Pelabur-pelabur berpengalaman ini juga manusia, dan mereka mungkin akan melakukan kesilapan. Cuma kesilapannya sangat-sangat minimum. Saya boleh jamin, anda akan jumpa pelabur yang hanya membuat 1 kesilapan dalam 900 trade. Saya akan kongsikan username-username pelabur ini dalam artikel berikutnya. 

Potensi Pulangan

Ramai juga kenalan saya yang ragu-ragu dengan potensi kadar pulangan pelaburan di Etoro ni. Sebab kebanyakannya deposit modal kecil, dalam USD100. Jadi jumlah keuntungan setiap position tu lebih kurang 30 sen. Saya suka untuk ingatkan rakan-rakan lain untuk anggap etoro ni macam bank untuk simpan duit. Saya guna etoro ni sebab saya susah sangat nak menabung/menyimpan.

Berdasarkan pengalaman saya melabur di eToro ni, pulangan nya lebih kurang 5% SEMINGGU. Bunyinya macam sikit. Tapi cuba anda kira pulangannya dalam gandaan compounding gain (sama formula kira-kiranya dengan compounding interest):

Katakan modal permulaan anda USD100, minggu pertama anda sudah untung USD5. Minggu kedua? USD5.25. Kalau anda menyimpan selama 3 tahun? Nak tahu berapa hasilnya? Klik sini untuk kira guna kalkulator Compounding Interest.

NOTA: Pada bahagian r anda masukkan 5% dan pada bahagian t pula anda masukkan bilangan minggu, 156 (bersamaan 3 tahun) memandangkan kita mengira gain mengikut minggu dan bukan tahun seperti setting default tersebut.

Matematik tidak menipu. Anda kira sendiri dan jawapannya memang USD244,060.20! Tapi ingat, forex bukan skim cepat kaya. Tak cepat pun, 3 tahun tu lama juga nak tunggu. Cuma bezanya, anda simpan USD200 dalam ASB selama 3 tahun, baru dapat USD245. 

Kenapa Saya Pilih eToro?

Salam, selamat datang ke blog CopyTrading eToro. Dalam blog ni, saya akan kongsikan serba sedikit tutorial dan tips untuk melabur duit lebihan gaji anda dengan selamat dan mendapat pulangan keuntungan yang banyak dalam masa yang singkat. Saya pasti, masih ramai yang belum tahu caranya. 

Persoalan yang harus anda tanya adalah, bagaimana orang-orang kaya seperti Warren Buffett boleh menjadi kaya? Apa rahsia kekayaan mereka?

Jawapannya, mereka melabur wang mereka untuk menjana keuntungan yang berlipat kali ganda. Itu lah konsep yang dimaksudkan dengan "yang kaya bertambah-tambah kaya". Kerana manusia kebiasaan yang berpendapatan sederhana seperti kita semua, seringkali menolak pilihan untuk menyimpan dan melabur. Saya memang minat dalam bab pelaburan ni, sebab biasanya saya memang susah nak menyimpan. Duit lebihan gaji saya habis saya buat beli makanan, gadget, dan sebagainya. Jadi, ada baiknya saya simpan dan melabur untuk masa depan saya.

Saya ada juga cuba menyimpan dalam ASB, tapi pulangannya rendah sangat. Kalau nak gandakan duit permulaan tu, makan masa berpuluh tahun. Saya tak kata ASB tak bagus, cuma lambat nampak hasilnya.

Saya pun mula mencari info, dan cara-cara untuk saya laburkan duit lebihan pendapatan saya ni. Saya belajar serba sedikit tentang pasaran saham (stock market) dan tukaran matawang (Forex). Tapi selepas beberapa bulan saya mencuba, saya rasa cara pelaburan macam ni tak sesuai untuk saya. Ini sebabnya:

Bosan. Fasa awal untuk mempelajari selok belok pelaburan saham dan matawang (forex) ni memerlukan komitmen dan daya fokus yang tinggi. Dan, memandangkan data-data dan graf semuanya dalam komputer, saya terpaksa menghadap komputer seharian.

Stress. Ya, pelaburan saham dan matawang boleh mendatangkan stress jika tak kena gayanya. Lebih-lebih lagi dalam bab pengurusan risiko dan kewangan (Money & Risk Management). Bukan boleh main hentam saja, setiap langkah dan keputusan yang kita kena ambil, perlu disertakan dengan kira-kira dan analisis bagi mengelakkan kerugian.

Tak lama selepas saya belajar tu, saya terjumpa satu peluang pelaburan yang sangat unik. Saya belum pernah dengar lagi konsep yang sama sebelum ni. eToro namanya. eToro merupakan sebuah laman sosial yang mengumpulkan ribuan pelabur dan pro-trader di bawah satu platform. Apa yang menarik dengan eToro, anda mampu menjana keuntungan tanpa perlu bersusah payah trade sendiri. Ya, saya tak tipu. Anda boleh daftar percuma dan tengok sendiri di sini.

Anda juga boleh baca artikel yang saya tulis dalam blog ni, untuk pelajari asas dan tahu lebih lanjut mengenai etoro sebelum mula melabur

Selamat membaca, dan semoga berjaya!

Daftar Sekarang